Friday 27 May 2011

TEKNOLOGI MALAYSIA VS AMERIKA VS JEPUN...

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi, Menteri Jepun, Amerika dan Malaysia sedang bermesyuarat.

Menteri Jepun: Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru sahaja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak cip, rangka-rangka besi, papan circuit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa zaman nenek moyang kami berbangsa Jepun sudah mengenali teknologi robot.

Menteri AS: Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenali neknologi nuklear.

Menteri Malaysia: Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan  tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu apa ada di bawah tanah kami.

(Dipanggillah dua orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua tukang naik ke atas lagi.)

Menteri Malaysia: Apa yang korang jumpa?

Tukang gali: Takde Dato'...

Menteri Malaysia: (sambil menjeling kerek ke menteri Jepun dan Amerika). Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purba kala sudah mengenali teknologi WIRELESS!  

No comments: