Friday 27 May 2011

PENYAKIT SUAMI

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan kesihatan. Selesai pemeriksaan, doktor memanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya berdua sahaja.
"Puan, suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang dipengaruhi stres yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat-nasihat yang saya berikan," kata doktor.
"Pagi hari buatkan sarapan yang enak . Perlakukan suami dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap gizinya. Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa. Jaga perasaannya, jangan bebani dia pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami puan." tambahnya.
Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isteri," Apa kata doktor tentang penyakitku?"
"Kamu akan meninggal..."

No comments: