Thursday 28 June 2012

9 ayat maut wanita

1. Ok. Fine!Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


3. Tak ada apa-apa atau lebih glemer, nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda


7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas …. jangan dapat ayat ini wahai lelaki.


9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Wednesday 20 June 2012

WINNIE THE POOH






COMEL KAN POOH NI...TAPI BOLEH TENGOK JE LA...
AKU NAK BELI TAPI MACAM BIASA ABAH AKU MARAH LORHHH
KATANYA DAH BANYAK SANGAT BEAR AKU KAT RUMAH TAK DE TEMPAT NAK SIMPAN LAGI DAH
SEMAK KATANYA....
JAWAB AKU PULAK...MEMANG LA BANYAK DAH BEAR TAPI POOH KAN BELOM ADA HUHUHU....

DULU ADA ORANG JANJI NAK BAGI TAPI TAK DE PON..HUHU

ANYWAY THANKS TO MY FRIEND IRA SEBAB SUDI HADIAHKAN
BANTAL POOH UNTUK AKU ON MY BUFDAY....BOLEH PELUK MASA TIDO..
LUV U LA...HEHEH 
akad nikah

so sweet


sweet kan tengok gambar orang kawin..
gambar ni aku amik dalam fb membe aku ni sume gambar
masa majlis kahwin kakak dia...haishhh ruginya x pegi
kalau tak dapat jugak berangan diri sendir kat situ kan..??hahaha

haishhh bila la turn kita ni kan...rasa macam nak kawin jer abis diploma ni..hahaha opsss gatal suda..hihih

KINDER BUENO TIME


satu-satunya coklat favourite aku.. 

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA

Mesti ramai yang tengok masterchef kan..???
sama la kita..heheh..aku pon suka....
aku suka tengok rancangan masakan dan tengok orang masak..
tapi setakat tengok je la buat tak nak..hahahah
aku minat sorang selebriti dalam masterchef ni...orang nye adalah.....





selebriti kesukaan aku dalam masterchef

SAKIT

Apa korang rasa bila korang sayang seseorang tu tapi lepas dia dah dapat dia dah tak peduli lagi..
bak kata orang dulu-dulu sebelum dapat semua sanggup dah dapat buang...
lagi sakit bila hubungan tu tergantungkan..sidia senyap tiba-tiba and tak contact langsung...
tapi nak buat macam mana..ni la manusia...

benda-benda macam ni kalau jadi pada pasangan yang bercinta mesti sakitkan apa lagi kalau jadi pada pasangan yang dah kawin mesti berdouble-double sakitnya kan..???

kadang-kadang bila fikir benda-benda macam ni buat diri rasa takut nak bercinta or kawin...
agaknya sebab ramai perempuan yang berfikiran macam ni la ramai perempuan kawin lambat sekarang ni kan..???

dalam percintaan atau perkahwinan setiap pasangan kena la komited terhadap peranan masing-masing..jangan la nak fikir hati dan perasaan sendiri je...kalau rasa diri tak boleh nak bagi kerjasama better hidup sorang je sampai mati so tak de lah nak lukakan hati sesiapa...

kita kena ingat..kalau nak orang sayang kita, kita sayang orang dulu, kalau tak nak disakiti atau dipermainkan jangan kita sakiti or permainkan orang, kalau nak orang jujur..kita kena belajar jujur dengan orang.....
dalam berpasangan sepatutnya tiada rahsia antara satu sama lain....
bagi aku rahsia ni sama dengan percaya..kalau masih ada rahsia yang disimpan sendiri jangan tanya kenapa aku tak boleh percaya sepenuhnya.


apa yang kita buat sentiasa ada balasan nye kelak
cuma masa yang menentukan cepat atau lambat...

TAHNIAH

WAHHHHH!!! hari ni dapat berita yang menggembirakan lagi la...hihihi

al-kisahnya bermula tengahari tadi ler...
aku dapat sms dari seseorang tapi mulanya aku malas nak tengok sebab aku pikir tu mesti sms dr maxis al maklumlah sekrg kan tgh musim bola..huhuh..tapi entah la aku rasa nak tengok sangat pulak sms tu heheh....
rupa-rupanya sms tu dari kak Fida....
ermm mesti tertanya kan sape kak Fida tu..
kak Fida ni salah seorang staf dekat tempat aku praktikal dulu..

dalam sms tu dye bagitahu yang dia dah selamat bersalin baby boy, hari ahad 17 jun...wahhh boy lagi u ollsss...hahah..tapi aku x tau la yang keberapa..aku agak yang ketiga kot sebab dulu dia ada bawak anak dia pegi ofis dua orang..boy jugak....

haishhh baru beberapa hari lepas aku dapat berita dari kawan aku...dia dah pregnant sebulan lebih....wahhh mesti comel tgk perut dye nanti..hahahah
kawan aku ni baru kawin bulan februari sekarang baru bulan jun dye da pregnant...kawin and pregnant dalam tahun yang sama...wahhhh...best nye (psssstttt subur bebeno kome ni ye yop..hahaha)

okaylah...sampai sini je la dulu ye..kepada kak Fida, ermmm bila nak dapat baby girl pulak..???hihihi
and to my friend...jaga elok2 ye kandungan tu...and kepada dua2 selamat menjadi ibu...


haiii la badan...bila la turn kita pulak ye.....hahaha :P

Monday 18 June 2012

bersamamu-ezlynn with lyrics

tudung dan aurat

Tau kenapa entry kali ni tajuknya tudung dan aurat...??
okaylah kali ni aku nak cerita sikit macam mana aku boleh mula bertudung...
sebenarnya tahun ni masuk tahun tahun kedua aku bertudung tapi kalau nak ikot betol2 bertudung baru dalam setahun lebih yang lg 6 bulan tu aku pakai sekejap bukak sekejap..maklumla baru belajar time tu rasa rimas sgt..huhu

aku mula bertudung pun bila aku masuk poli..pada mulanya aku bertudung sebab nak ikut syarat je...sebab kalau nk pegi kelas kena pakai tudung...masa minggu suai kenal aku rasa rimas sangat sebab aku terpaksa pakai tudung dari pagi sampai petang...masa aku sekolah pon aku just pakai sampai tgh ari je...

kalau nak ikutkan aku dulu mmg totally bebas nak pakai macam mana...maklumlah aku membesar di sarawak dekat sana tak ramai orang islam...sepanjang aku kat sana aku mmg susah nak pakai baju kurung..pakaian aku just t-shirt n seluar pendek atas lutut je..sampai kan raya pon aku bli seluar pendek je..yela macam mana nak pakai baju kurung kalau aku sndr yang x nak beli..kalau aku pakai pun semua tu baju kurung yang nenek aku pos dari semenanjung...

first time aku belajar keluar rumah pakai seluar panjang bila aku balik semenanjung sbb kiteorg stay dengan nenek aku..dia x suka cucu dia pakai macam org x cukup duit nak bli baju huhuhu....aku pernah kena marah sebab aku pakai jeans pegi kenduri..lepas tu tiap2 kali raya aku akn beli dua pasang baju kurung..yela mana la tau lepas tu nk pakai pegi kenduri kan..huhu

Lepas sebulan aku kat poli..masa tu aku balik cuti raya...al kisah nya nak pegi beraya la ni..tapi aku pon x tau kenapa masa tu aku cari tudung nak pakai...kawan2 aku semua pelik due org cakap.."eyhh sejak bila pulak kaw pakai tudung..bkn selalu kaw ikat je ke rambut" hurmmm masa tu aku sendiri pon pelik tapi aku pakai jugak...

dulu kawan2 aku yang lelaki bebas je nak pegang2 aku suka2 ati..nak tarik rambut aku..kalau ambik gambar pon dekat2..tapi sekarang tak lagi dah kalau ambik gambar pon mesti ada gap cikit kat tgh..kalau aku x rapatkan diri kat dye org..dye org x kan rapat..hihih kadang2 kelakar pon ada..mungkin sekarang dye org lebih hormat aku kot..huhu

sejak masuk poli jugak aku mula sekat diri dari kawan dengan lelaki kalau setakat nak berbual kosong je boley la...aku mmg selalu dengan kawan2 aku yang perempuan jer...sejak masuk poli jugak la aku susah nak bergaul dgn lelaki sampai kan ada sorang student ni dye tegur aku kat fb punya la lama chat baru la dye ckp yang selama ni dah lama rupanya dia nak tegur aku kat poli tapi bila dye lalu depan aku selalu aku buat bodoh je...hihihi haishhh bkn buat bodoh..saya ni rabun so kalau nmpk saya tu tegor la kalau nak tggu saya tegor alamat nye tak la sbb sy x pakai spek..sy pakai dalam kelas je....dye ckp gak dye selalu nampak aku dengan kawan2 aku so dia tkot nak tegur..adehhh kalau nak tggu aku dok sorg mmg x la...huhuhu...

kadang2 bagus jugak bila tutup aurat ni..org pon jadi hormat kat kite....

PERANGAI

Setiap orang mesti ada perangai dia sendiri kan..???
Selama aku hidup berpindah randah ni dah bermacam-macam jenis perangai aku jumpa...
Tapi sampai sekarang aku still pelik dengan perangai sahabat handai aku yang terlalu baik hati dan dengan jujur nya dia org selalu cakap aku ni pelik, ego, degil....
ermmm kadang2 terpikir jugak pelik sangat ke aku ni...
kenapa aku rasa aku normal jer xde la pelik mana pon...hahaha....

okaylah nak tau pelik ke tak biar la aku describe aku ni macam mana...

  1. aku suka tgk citer seram tapi aku x suka tgk citer yang bunuh2 bg aku kejam sgt..contohnya citer SAW perghhhh...sakit otak aku tgk citer tu nak muntah..eyeekkkkk.....
  2. aku x minum susu tapi aku minum teh ais..ari2 minum teh ais pon xpe hehe..erkkk bkn ke teh ais ada susu..?? haa tu la yg pelik aku minum susu tin je susu tepung x...huhu...
  3. kopi x minum tapi aku suka bau je..nescafe aku boleh bau boleh minum tapi lepas tu aku tingtong..hehe
  4. aku tak makan sayur..kalau buah pulak aku x makan dengan kulit contohnye epal..aku pon pelik tapi yang lagi pelik nya bila aku try makan epal dengan kulit bila aku kunyah yg hancur buahnye jer kulitnye x...aku pon hairan jugak kadang2 tu..huhuh
  5. aku x suka bau asap rokok sbb nya aku kalau bau asap rokok boleh sekejap je kalau lama or banyak sgt sedut konfom demam....sbb tu lah abah aku kalau isap rokok dia keluar rumah huhu..tapi kalau orang hisap depan aku,aku biarkan jer..yela x kan kita nak orang ikot kite jer kan kesian la dia,dia ad hak jugak kn....
  6. aku tak mudah percaya kat org..aku percaya sekali je..kalau aku da percaya then org tu tipu walau pon bnde kecik aku dah x percaya apa yang dia ckp lepas tu....
  7. aku ni baik org nye..aku dengar ckp org..orang nasihat aku dgr...tapi boleh dengar je la buatnya idokkk hahahah
  8. aku suka outdoor activity...
  9. kalau aku marah susah nak reda..tapi x bermakna org yang aku marah x payah mx maaf kn..??bila marah aku x nak ckp langsung tapi aku nak sgt org tu dtg ckp dgn aku.
  10. aku suka baby and budak2 tapi kalau dah lima taun ke atas aku x kan layan mcm budak2 lg heheh
  11. kalau aku nak something aku akn dapatkan jugak x kisah la lambat or cepat.
  12. aku tkot gelap n bnde2 yang merayap tapi depan org aku senyap je so org pon x kn tau..hihih
  13. aku suka kucing aku nak pegang tapi dgn syarat kucing tu x bergerak..kalau dia bergerak aku tros baling...sbb aku geli hehe....
  14. aku pantang bila orang kacau barang aku.
  15. kalau aku suka something aku x kan ckp..bila ditanya pon aku diam je..selalu nye abah aku mesti phm bila dye tanya aku senyap makna nya aku nak..heheh...
  16. kalau aku x suka aku akn tros ckp x pon aku perli..hehe
  17. aku hormat org tapi kalau org x hormat aku depan2 jugak aku buat ikot kepala aku
  18. aku ni kadang2 jenis cakap lepas kalau aku dah marah aku dah x peduli sape kau...
  19. aku selalu tido dalam kelas tapi lecturer x pernah perasan..hehe
  20. aku akan syg org yang syg aku jer...for example of course my family la...hahahah
  21. aku x suka benda manis contohnya coklat tapi aku suka sgt kinder bueno n kitkat..senang cite aku x suka coklat full kalau ada biskut dalam nye aku mkn..hehe..
  22. aku mudah sayang bila orang care pasal aku..
  23. aku ni jenis yg pelupa..kadang2 tu teruk sangat sampaikan bila aku keluar je dengan membe2 aku mesti dye org akn ingat kan handphone dah amk..??purse dah ambik..??kdg2 ap yang aku baru buat lima minit lepas pon aku boleh lupa
  24. aku paling takot bila orang ugut nak pecahkan belon depan aku..pantang betol aku tengok orang picit or tiup belon depan aku...
  25. aku suka bila orang main rambut aku..selalu adik aku la jadi mangsa kena sikatkan rambut aku..hahah...
  26. aku jenis yang cepat menangis bila kena marah or aku sendiri yang dah terlalu marah
  27. aku x suka bila aku call or message org x balas..
  28. aku tak suka tunggu orang dan aku jugak tak suka orang tunggu aku..sbb tu bila dah lambat aku selalu nya jadi kelam kabut
  29. aku tak suka minum air mineral tapi kalau sejuk baru keluar peti sejuk aku minum
  30. kalau aku x suka or malas nak gadoh aku just cakap dua bnde je "xde pape lah" or "suke ati la" selalu nya bila aku da cakap dua bnde ni kawan2 aku tau aku da mula menyampah..huhuh




ermmm korang rase aku pelik ke lepas bace ni.....
x kan...????
hhuhuu

Saturday 16 June 2012

NAMA BARU

Nama baru..??? mesti korang tertanya-tanya kan...hihi...tak pe tak payah penat-penat nak pikir biar aku jelaskan..hehe

Sebenarnya nama baru ni aku dapat sejak lima bulan lepas lagi sejak aku mula praktikal tapi tak de mase nak cerita baru sekarang ada masa..tapi tak pe la kan kata orang better late than never..heheh

ermmm kisahnya bermula masa first time masuk ofis..staf dalam ofis tanya nak panggil apa..macam biasa aku pon jawab la panggil je bibah...tapi yang best nya staf2 ofis ni pulak x suka panggil nama panjang2 dia org ckp susah..makanya diberi la aku panggilan baru sebagai bib...haha

Lepas seminggu baru aku dapat jumpa ketua bahagian...pssstttt nak bangga sikit nih...bos aku ni walaupun dah berusia aku tengok dia still cantik lagi kalah aku..hahahah....masa jumpa bos dia ada tanya aku nak panggil apa..??aku jawab la panggil je bibah..then dia ckp kalau panggil nor tak boleh ke..???masa tu aku sengih je la tapi dalam hati.."owhhh tidak!!!!jgn la pggl macam tu geli la...huhuhu" tapi nasib baik la penyelia aku ni mcm memahami pulak hihih dye cerita la macam mana dia org bg nama kat aku hahaha...cis mcm baru lahir lak rasanya...last2 keputusan pon dibuat n sampai sekarang la melekat nama bib tu..hahahaha

Nak tau kenapa aku tak suka org pggl aku nor...ermm enth la eak aku sndr pon x tau..tapi yang aku pasti nor tu girly2 sgt la...aku ni bkn jenis yang mcm tu...kdg2 org ckp aku ni da mcm jantan..heheh....sampaikan ada sorg budak chinese kelas aku ckp "u ni x boleh ke pakai selipar perempuan" cis kurang asam betol sampaikan aku punya selipar pon dye tgk melampau bebeno..hahahah....

Okay la skunk ni aku nak buktikan kata-kata aku yang bahawasanya aku ni bercakap benar tntg staf2 ofis yang tak suka pggl nama panjang2 uhh hihihi....aku senaraikan nama-namanya ya..heheh.....
Aida kdg2 boleh jadi Aid, Fida, Fidah, Hawa, Ana, G, Suri, Ton, Milah kdg2 jadi Mel, Bob, CC, Z...n last Kak Asiah (psttt ni bos tau so aku ltak la kak kat depan tu janggal plak nak letak nama je..hehe)....haaa amacam sekarang pecaya tak unik kan nama2 ni suma x lebih pon dari lima huruf tapi ada yang makin berkurang ada la..hahaha.....

okaylah...terima kasih kepada sesiapa 
yang sudi baca kisah aku yang 
entah hape2 ni......

POLIGAMI

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."
Jamaah : "Wah, hebat ustazah!"
Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."
Jamaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."
Ustazah : "Yang penting........"
Jamaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"
Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya 



Masa cuti la banyak masa boleh update blog..kalau tak..blog ni bukan setakat berhabuk semua ber ad la hehe...ermm apa korang rasa lepas bace dialog diatas...
e'ehhh...jgn ragu-ragu..betul la apa yang korang rasa tu..huhuhu mana ad perempuan dalam dunia ni yang rela dimadukan kan..???

Sebaik mana pon seorang perempuan tu tetap ada perasaan cemburu bila dimadukan..sebabnya hati wanita ni kan sensitif...huhu...
bila nak kawin lain ayat lelaki semua sama jer poligami tu kan sunnah...haishhh ni la satu-satunya ayat aku paling benci keluar dari mulut lelaki...owhh bab kawin semua nak ikut sunnah bila bab ibadah pandai pulak jawab nye kita ni manusia biasa bukan macam Nabi, kita x sempurna....nilah manusia....

Pernah tak lelaki ni terfikir kalaulah dibenarkan seorang perempuan tu untuk berkahwin 4...lelaki sebagai suami akan bagi ke isterinya kawin lain...?? tak timbul ke perasaan cemburu dalam hati mereka saat melihat si isteri dengan suami kedua,ketiga or keempat...??

Perempuan ni walaupun dia benarkan suami dia kawin lain x semestinya dia boley terima madu dia kn...lagi satu kalau betul la lelaki ni kawin nak ikot sunnah kenapa x cari ibu-ibu tunggal ataupun andartu...ni x yang dicarinya anak-anak dara yang muda n cun lagi tu.....baca je la kisah ustazah di atas..walaupun dia seorang ustazah dia tetap tak suka di madukan...tula perempuan mcm apa yang kita selalu dengar.....PEREMPUAN BOLEH TAHAN RASA CINTA DAN RINDU LAMA TAPI BUKAN CEMBURU.....bila perempuan dah jeles maka boley tercetus la perang dunia dalam rumah abis semua benda di baling..hahah....

Secara jujurnya aku pun boleh tahan jeles jugak hahah...biasa la macam aku cakap tadi, perempuan....hahaha...aku suka sangat satu ayat ni SAYA BUKAN SEORANG YANG KUAT CEMBURU SAYA CUMA TAK SUKA ORANG KACAU HAK SAYA...hehehe...

Tuesday 12 June 2012

kau tipu aku (kangen band)

disaat aku mencintaimu

CUTI

dah nak hampir sebulan cuti...dah mula bosan...

sebenarnye aku da abis praktikal sejak 18 may lg..huhu...rasa..???ermmm mcm2 rasa ada...hahah..tapi pape pon mmg best kerja kat situ yang x best nye bila tiap2 pagi nak kena tggu lrt yg tah hape2 lambat nye..nak menapak ke ofis lg..jauh tuuuu..huhuhu...akibat nye aku selalu jugak la lambat masuk ofis...huhuh...
setiap kali lambat masuk aku rasa takut jugak kena marah tapi x pe la...kalau kena marah pon mmg salah aku la lambat masuk kn..tapi lps tu aku hamun la lrt tu..huhuh...

cuti yang lama ni mmg teramatlah membosankan...nak cari kerja tapi dah terlambat lg pon org kat sini x nak pekerja sementara semuanya nak pekerja tetap jer...ssh2..xpe la cuti ni dok rumah je la nmpk nye...huhu....