Friday 27 May 2011

SURI RUMAH 'TERTIDUR' SETIAP KALI KETAWA..

     Seorang wanita, Claire Scott menghidap penyakit cataplexy yang menyebabkan dia tertidur setiap kali ketawa. Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat. Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya. Pada suatu ketika, Claire, 24 pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis krismas yang penuh meriah. Selepas diberi ubat anti-murung, keadaan Claire agak terkawal sehinggakan baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya berusia 5 tahun membuat kelakar. Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa. "Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya David, mengangkat saya dari lantai dapur." katanya. Serangan cataplexy berlansung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat. Suatu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan.

No comments: