Wednesday 31 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

selamat hari raya semua...raya ni tak de apa yang boley di share sangat hehe...tapi ada something jugak nk share sikit....harap maaf jika benda ni menakutkan anda..hihihi




Movie time

Dua malam berturut tengok movie tanpa henti..memang terbaik...antara movie yg di tonton dream house, cabin in the wood and hantu kapcai paling best...okay lah nanti update lagi..now it's time to watch movie again

Sunday 7 October 2012

PROJEK MEMIKAT SUAMI


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


fiksyen 302



Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Novel ni memang best bagi peminat cerita-cerita thriller kena baca novel ni.... :)

SERAM

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman sepanjang aku belajar dekat polimelaka ni..hurmmm sebenarnya cerita ni dah lama tapi aku tak terasa nak cerita cuma kali ni je la tiba2 gatal pulak tangan ni nak menaip hihih. Hurmmm aku ni nak cakap berani tak de la berani sangat cuma kadang-kadang tu terpaksa la memberanikan diri.. :).housemate aku jer pon ramai yang bila rasa nak buang air tengah-tengah malam mesti postpone sampai besok pagi takut punya pasal hahahaha :P katanya takut2 nanti keluar toilet terpacak pulak depan mata kan ke naya tu..aku ni pulak memang spesies musang..memang jenis yang tido lewat kadang tu pukul 3,4 pagi baru aku masok bilik tido..setakat bunyi ketuk-ketuk tu biasa la bunyi budak main guli and orang tarik-tarik kerusi normal kadang aku buat bodoh jer...tapi dalam hati jangan la sampai dia join aku online pulak...kang tak pasal tengah menaip tiba2 ada pulak tangan lain tolong taip hehehe. Tapi nak dijadikan cerita ada la satu malam tu tengah sedap kite orang layan movie tiba-tiba bunyi la orang ketuk dinding bilik yang membe aku ni dah lama geram sebab bising tapi aku dengan dua orang lagi kawan senyap je la dah paham tapi dia lupa agaknya terus dye tnye aku "bah tukul kat ne?" aku pon bagi la sebab kebetulan tukul memang kat aku, then dia masok bilik terus dia ketuk dinding melawan benda tu...sekali aku tak sengaja tercakap la "eyhh berani kaw lawan tengah2 mlm ni" and dye maybe paham maksd aku terus lari keluar, lepas tu sepanjang tengok movie dia senyap je sebab takot...pagi esoknya dia ckp dia tak boley tido sebab bising plus takut benda tu ketuk makin kuat..padahal kita orang tak dengar pape pon. Then apa yang terjadi kat aku pula...masa tu aku tengah online biasa la hari minggu berjaga sampai lewat malam normal heheh, masa tu lebih kurang dalam pukul 2 lebih mcm tu la aku dengar orang tarik beg bawah katil aku dekat tiga kali aku dengar still wat bodoh sebab aku tak sure bunyi apa kebetulan masa ti aku pakai earphone..tiba-tiba tengah seronok dengar lagu katil bergoyang perghhh mse tu aku dah nervous..tapi aku still positif aku goyang-goyang la kaki mane la tau kaki aku terlanggar dinding ke...tapi masalah nye kaki aku tak jejak dinding pon hurmmm mse tu terus aku ckp "ngantuk la nak tido" tanpa berlengah aku terus tutup lappy tanpa shutdown tros tido berselubung. Lagi satu masa tu aku tido bawah so aku kena la tutp almari dah kunci..sekali almari bunyi apa tah malas aku amik tau aku tido jer...bila aku bangun esoknya nak mandi aku bukak alamari nak ambil baju bersepah almari aku baju dah lipat pon terbukak...aku pon apa lagi panas la hati ni aku hempas almari then aku ckp "sape bodoh sangat sepahkan alamari aku ni.. s***l r" tiba2 lepas hempas pintu aku terpikir bukan ke semalam aku kunci...terus slowly aku bukak balik almari then aku ckp "ermmm tak pe larhh angin kot,kemas je la balik macam biasa tak susah pon.." dalam hati macam nak pecah.   memang banyak la kejadian kat cini ada yang kena tarik rambut ada yang kena garu tapak kaki...huhuhu and paling best aku rasa time aku tengah solat masa tu tengah sujud rakaat pertama tiba-tiba dengar suara lelaki berdehem bawah katil perghhh time tu terpikir dua tiga kali nak bangun ke tak...last2 aku bangun tarik sejadah solat kat luar...huhhu

another craft :)



ni la satu lagi kraf yang aku baru belajar buat...walaupun dah lama ditinggalkan tapi aku tetep suka...
bak kata orang dulu-dulu tiada lama tiadalah baru.. :)

Saturday 6 October 2012

Primary School

Salam ahad semua :) hurmm dah lama tak update...biasa larhh happy dengan member2 semua benda lupa....hihihi...minggu ni happy sangat sebab boleh dikatakan banyak juga la kawan mase aku belajar kat sarawak dulu dah dijumpai balik...hahaha...
yang best nye semua muka dah lain giler..dulu kecik2 comot je semua dah besar makin cantik makin hensem..hurmmm dah lama tak jumpa diaorang semua rasa rindu sangat..hampir tujuh taun jugak la tak jumpa, lama tu..huhuhu....






ni lah antaramuka2 comot masa kecil2 dulu..hahaha..jangan marah ye semua :)


DAH BESAR SEMUA DAH MAKIN CANTIK AND HANSEM :)




Tapi dalam seronok still sedih jugak sebab masih ramai lagi belum jumpa..huhuhu...hope oneday bila semua dah banyak bajet boleh la buat reunion...hahahahah....zaman kanak-kanaklah zaman paling best sekali...heheh :)