Wednesday 31 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

selamat hari raya semua...raya ni tak de apa yang boley di share sangat hehe...tapi ada something jugak nk share sikit....harap maaf jika benda ni menakutkan anda..hihihi




Movie time

Dua malam berturut tengok movie tanpa henti..memang terbaik...antara movie yg di tonton dream house, cabin in the wood and hantu kapcai paling best...okay lah nanti update lagi..now it's time to watch movie again

Sunday 7 October 2012

PROJEK MEMIKAT SUAMI


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


fiksyen 302



Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Novel ni memang best bagi peminat cerita-cerita thriller kena baca novel ni.... :)

SERAM

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman sepanjang aku belajar dekat polimelaka ni..hurmmm sebenarnya cerita ni dah lama tapi aku tak terasa nak cerita cuma kali ni je la tiba2 gatal pulak tangan ni nak menaip hihih. Hurmmm aku ni nak cakap berani tak de la berani sangat cuma kadang-kadang tu terpaksa la memberanikan diri.. :).housemate aku jer pon ramai yang bila rasa nak buang air tengah-tengah malam mesti postpone sampai besok pagi takut punya pasal hahahaha :P katanya takut2 nanti keluar toilet terpacak pulak depan mata kan ke naya tu..aku ni pulak memang spesies musang..memang jenis yang tido lewat kadang tu pukul 3,4 pagi baru aku masok bilik tido..setakat bunyi ketuk-ketuk tu biasa la bunyi budak main guli and orang tarik-tarik kerusi normal kadang aku buat bodoh jer...tapi dalam hati jangan la sampai dia join aku online pulak...kang tak pasal tengah menaip tiba2 ada pulak tangan lain tolong taip hehehe. Tapi nak dijadikan cerita ada la satu malam tu tengah sedap kite orang layan movie tiba-tiba bunyi la orang ketuk dinding bilik yang membe aku ni dah lama geram sebab bising tapi aku dengan dua orang lagi kawan senyap je la dah paham tapi dia lupa agaknya terus dye tnye aku "bah tukul kat ne?" aku pon bagi la sebab kebetulan tukul memang kat aku, then dia masok bilik terus dia ketuk dinding melawan benda tu...sekali aku tak sengaja tercakap la "eyhh berani kaw lawan tengah2 mlm ni" and dye maybe paham maksd aku terus lari keluar, lepas tu sepanjang tengok movie dia senyap je sebab takot...pagi esoknya dia ckp dia tak boley tido sebab bising plus takut benda tu ketuk makin kuat..padahal kita orang tak dengar pape pon. Then apa yang terjadi kat aku pula...masa tu aku tengah online biasa la hari minggu berjaga sampai lewat malam normal heheh, masa tu lebih kurang dalam pukul 2 lebih mcm tu la aku dengar orang tarik beg bawah katil aku dekat tiga kali aku dengar still wat bodoh sebab aku tak sure bunyi apa kebetulan masa ti aku pakai earphone..tiba-tiba tengah seronok dengar lagu katil bergoyang perghhh mse tu aku dah nervous..tapi aku still positif aku goyang-goyang la kaki mane la tau kaki aku terlanggar dinding ke...tapi masalah nye kaki aku tak jejak dinding pon hurmmm mse tu terus aku ckp "ngantuk la nak tido" tanpa berlengah aku terus tutup lappy tanpa shutdown tros tido berselubung. Lagi satu masa tu aku tido bawah so aku kena la tutp almari dah kunci..sekali almari bunyi apa tah malas aku amik tau aku tido jer...bila aku bangun esoknya nak mandi aku bukak alamari nak ambil baju bersepah almari aku baju dah lipat pon terbukak...aku pon apa lagi panas la hati ni aku hempas almari then aku ckp "sape bodoh sangat sepahkan alamari aku ni.. s***l r" tiba2 lepas hempas pintu aku terpikir bukan ke semalam aku kunci...terus slowly aku bukak balik almari then aku ckp "ermmm tak pe larhh angin kot,kemas je la balik macam biasa tak susah pon.." dalam hati macam nak pecah.   memang banyak la kejadian kat cini ada yang kena tarik rambut ada yang kena garu tapak kaki...huhuhu and paling best aku rasa time aku tengah solat masa tu tengah sujud rakaat pertama tiba-tiba dengar suara lelaki berdehem bawah katil perghhh time tu terpikir dua tiga kali nak bangun ke tak...last2 aku bangun tarik sejadah solat kat luar...huhhu

another craft :)



ni la satu lagi kraf yang aku baru belajar buat...walaupun dah lama ditinggalkan tapi aku tetep suka...
bak kata orang dulu-dulu tiada lama tiadalah baru.. :)

Saturday 6 October 2012

Primary School

Salam ahad semua :) hurmm dah lama tak update...biasa larhh happy dengan member2 semua benda lupa....hihihi...minggu ni happy sangat sebab boleh dikatakan banyak juga la kawan mase aku belajar kat sarawak dulu dah dijumpai balik...hahaha...
yang best nye semua muka dah lain giler..dulu kecik2 comot je semua dah besar makin cantik makin hensem..hurmmm dah lama tak jumpa diaorang semua rasa rindu sangat..hampir tujuh taun jugak la tak jumpa, lama tu..huhuhu....






ni lah antaramuka2 comot masa kecil2 dulu..hahaha..jangan marah ye semua :)


DAH BESAR SEMUA DAH MAKIN CANTIK AND HANSEM :)




Tapi dalam seronok still sedih jugak sebab masih ramai lagi belum jumpa..huhuhu...hope oneday bila semua dah banyak bajet boleh la buat reunion...hahahahah....zaman kanak-kanaklah zaman paling best sekali...heheh :)

Tuesday 4 September 2012

NEW BABY NICKO

SALAM SEJAHTERA, SALAM SATU MALAYSIA..
hurmmm..sejak raya and after raya rasa malas lak nak update blog..hehe..
tapi hari ni nak jugak update..haha..
hari ni aku nak story pasal baby baru aku nama dia nicko hehe...nicko ni sebenarnya kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu..eyhh takde da la gurau jer nicko ni kura-kura je jantina dia jantan and saiz dia kecik jer macam duit syiling lima puluh sen...huhu
sebenarnya dah lama aku nak bela tapi baru sem ni dapat..actually sebelum ni aku dah penah bela sekor tapi aku dah lepaskan kat sawah belakang rumah sebab dia dah besar and kura-kura yang dah besar dia tak selesa kalau dijaga...sedih sgt...orang pon pelik kenapa aku bela kura-kura kenapa x bela kucing, arnab, hamster ke...?? hurmmmmmm....cm ne nak cakap ye...
actually aku ni geli binatang berbulu..hahaha..aku boleh pegang tapi kalau benda berbulu tu bergerak aku terus campak huhu..
macam hari tu aku try pegang hamster member sorang ni tp tetibe hamster tu bergerak masa mula2 tu dia tido tiba2 bangun..aku terkejut terus tercampak la hamster tu..tapi nasib baik la dia sempat sambut kalau tak, tak tau la kat hospital mana hamster tu sekarang..hahaha...lepas kejadian tu bila aku nak pegang hamster tu semua tak berani bagi...hahahah
nama dia pulak kenapa aku bagi nicko..??sebenarnya aku nak bagi nama turtle jer..senang sikit aku nak ingat tapi housemate aku cakap tak best pulak..kebetulan pulak housemate aku sorang lagi ada bela sugar glider and nama benda berbulu tu nicky dia pon cadangkan nama nicko untuk ganti nama turtle...so aku pon ok jer la and semua pon setuju.... :) kadang-kadang rasa rumah aku ni dah macam boleh buat pet house macam2 binatang ada...haha. mula-mula bawak balik aku takut jugak dia mati sebab bagi makan dia tak nak makan..3 hari berturut-turut dia x makan rupanya baru aku tau lepas dah search di beberapa blog pasal kura-kura rupa-rupanya makanan dia kena patahkan kecik-kecik...yang aku bela sebelum ni memang makan semua benda sebab aku start bela dia memang dah besar tapi yang ni baru beranak so tak tau la cara jaganye. Sekarang ni bukan main lagi bila bagi je makanan terus makan suka pulak bila tengok hihihi...

nicko tengah berenang

nicko tengah basking (berjemur)

berjalan-jalan luar akuarium

corak tu melambangkan jantina kura-kura, kalau corak banyak maknanya jantan


tengah tido, sampai dikeluarkan dari akuarium pon tak sedar

Tuesday 14 August 2012

KAD RAYA

WAHHHHHHH...mlm ni lewat tido padahal esok ada klas....gara-gara membantu salah sorang kawan yang teringin nak bagi kad raya....yang pandainya..kad nk bagi kat aku pon aku jugak yg bantu...haishhhh nasib baik dye tak bagi aku tengok apa yang dye tulis kalau tak memang sengal betul la...hahahah...
actually sepatutnya aku buat tutorial yang lecturer bagi and kena hantar besok tapi malas la pulak...tapi bila buat benda tak berfaedah macam kad raya ni semangat la pulak...huhuhu..
hurmmm ni la budak zaman sekarang..hahaha
tapi pape pon tak pe lah aku pon dah lama tak main kad-kad raya ni..hahaha
haishhhh takde ke sesape nak pos kad raya kat aku lagi taun ni..kalau boleh pos la duit skali baru masyukkkkkkkkkkkkkkkkk......hahaha :P






IFTAR WITH HOUSEMATE

Salam sejahtera, salam satu malaysia...heheeh....
hari ni buka puasa kat luar akibat kebosanan makan lauk pauk kat bazar yang setiap hari menu nye sama jer....kalau tak ikan keli mesti ayam sambal.....hari-hari makan tu jer...nak muntah rasanye...
hampir sebulan dua lauk tu la yang selalu memenuh kan perut...
kadang-kadang rasa makan magi lagi sedap huhuhu.....
so..hari ni nak ubah selera...jadi aku ajak la housemate aku berbuka di restoran yong tau foo...
dekat jer tak jauh pon jalan kaki pon sampai..hehe....
then macam biasalah..setiap kali aku update blog mesti ada gambar kan...hahah :P







Saturday 11 August 2012

CAREER TOUCH

Salam hormat kepada semua..hihi..tiba-tiba sopan pulak..yelah baru balik dari masjid..hehe :)
ermmm sebenarnye ada ceramah career touch..pergi pon sebab terpaksa..yelah pihak poli dah bagi amaran kepada sesiapa yg x hadir kena bayar denda RM50...byk tuuuuuuuuuuu....
so..nak tak nak terpaksa la pergi...
masa pegi tu punya la simpan fikiran positif maybe ceramah tu best..tp rupanya bila sampai positif jadi negatif..hahahaha ceramah tu tersangattttttttttttttttttttttttt................la membosankan...
dah berapa kali aku tertido..ceramah dari pukul 8 pagi sampai 3 petang..perghhhhhhh memang terbaek....
penceramah sepatutnya kena la pandai tarik perhatian student nak2 lagi student macam aku ni..hehe
sebabnya aku ni kalau dah bosan aku malas nak amik tau aku buat hal aku jer..so memang la aku buat hal aku...sekejap2 aku keluar dari dewan ceramah tu...tapi macam biasa aku x kan keluar sorang2..setiap kali nak keluar aku ajak la kawan aku..hahaha...menghasut orang je kerjanya..haha...rupanya 5 minit lepas aku keluar makin ramai pulak yang keluar..semua budak kelas aku la tu hahahaha :P
bila semua dah keluar macam2 la jadi...apa yang jadi nak tau..haishhh macam tak tau pulak...of course la semua berposing depan kamera..hahaha....



NILAH ANTARA AKTIVITI YANG KAMI JALANKAN
AKIBAT KEBOSANAN DENGAN CERAMAH..



tiba-tiba terasa sopan pulak..haha


with my housemate

diah jangan buat muka gitu..takut la...hahaha


tiga dara

with diah

ada cerita disebalik gambar ni..huhu



nak terjun la..


cuba perhatikan lembaga kat belakang tu..haha


dalam dewan ceramah yang membosankan

Monday 6 August 2012

just for u






SEM BARU


TEPI...TEPI...TEPI....
ishhhh susah nye nak lalu banyak betul sawang....hehehe xde la gurau jer.... :P
sejak masuk sem baru susah betul nak update blog...
kemalasan semakin menjadi-jadi. yela sem baru ni banyak kelas habis pukul 5 or 6 petang..penat..bila balik je kelas terus terbongkang..malam buat assignment pulak
hurmmmm tula rutin harian...sem ni subjek semua international..penat study..
selalunya setiap sem PAK CIK GOOGLE adalah org paling berjasa tapi sem kali ni...nampaknya PAK CIK GOOGLE pon jadi bodoh sekali..hahah....
eyhhhh tapi pape pon sem ni tetap ad pic yang sempat di snap walaupon kelas banyak...hahaha








Thursday 28 June 2012

9 ayat maut wanita

1. Ok. Fine!Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


3. Tak ada apa-apa atau lebih glemer, nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda


7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas …. jangan dapat ayat ini wahai lelaki.


9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Wednesday 20 June 2012

WINNIE THE POOH






COMEL KAN POOH NI...TAPI BOLEH TENGOK JE LA...
AKU NAK BELI TAPI MACAM BIASA ABAH AKU MARAH LORHHH
KATANYA DAH BANYAK SANGAT BEAR AKU KAT RUMAH TAK DE TEMPAT NAK SIMPAN LAGI DAH
SEMAK KATANYA....
JAWAB AKU PULAK...MEMANG LA BANYAK DAH BEAR TAPI POOH KAN BELOM ADA HUHUHU....

DULU ADA ORANG JANJI NAK BAGI TAPI TAK DE PON..HUHU

ANYWAY THANKS TO MY FRIEND IRA SEBAB SUDI HADIAHKAN
BANTAL POOH UNTUK AKU ON MY BUFDAY....BOLEH PELUK MASA TIDO..
LUV U LA...HEHEH 
akad nikah

so sweet


sweet kan tengok gambar orang kawin..
gambar ni aku amik dalam fb membe aku ni sume gambar
masa majlis kahwin kakak dia...haishhh ruginya x pegi
kalau tak dapat jugak berangan diri sendir kat situ kan..??hahaha

haishhh bila la turn kita ni kan...rasa macam nak kawin jer abis diploma ni..hahaha opsss gatal suda..hihih